Friday, April 2, 2010

sahabat

hidup ini umpama sebuah laluan berliku. mungkin mati di pertengahan. hidup bukan sebuah perjudian. terserah pada kita dalam menentukan sebuah hidup, kerana ianya sebuah pilihan.

sayugia, untuk aku bercerita tentang seorang teman. teman yang pernah menjadi petunjuk jalan. penennag tatkal duka meresahkan jiwa. seorang yang menjadi pembaris dalam meluruskan persaan berhadapan liku-liku hidup yang tiada berkesudahan. seorang teman yang menjadi pengkritik terbaik sepanjang hidup ini.

namun, menjaga seoarng teman bukanlah seperti menyimpan jutaan butir berlian. lebih sukar dari itu. sebuah kesilapan yang dilaksanakan, menjadi punca kepada sebuah perpisahan.

aku tahu, tak guna lagi aku menangis. berhadapan hari-hari berseorangan. tidak mahu lagi aku memilih teman yang baru. tidak lagi mahu bergantungan dan berhadapan dengan sebuah perpisahan. biarlah kuputuskan untuk menanti, menunggu, dan mengharapkan sebuah pertemuan setelah sebuah perpisahan.

bukan mudah. susah senang dah ditempuh. menangis pernah bersama. ketawa pun bersama. tapi duka datang. pernah aku rasakan kami sama dan serupa. minat pada perkara yang sama. obses terhadap perkara yang sama. tapi, aku sedar, kami berbeza rupanya.

penantian memang menyakitkan. aku tunggu.

No comments: