Terdetik rasa hiba tatkala post ini ditaip;
hati berlinangan air mata bagai seruan ombak dipantai;
mengenangkan sisa perjalanan yang kian berakhir;
diakhiri dengan sebuah kekecewaan;
buat kali ketiga.
Kekuatan kuat kupasakkan dalam hati;
berbekalkan kekuatan yang kupunya;
tapi, apa yang pasti adalah kecewa lagi.
Aku tak mahu lagi berselindung dibalik alasan lama;
"tak mengapa, asalkan aku telah mencuba"
aku gagal!
maafkan buat semua.
khairul ashraf: anda guru yang terbaik. tolong jangan ulangi alasan-alasan saya. tolong pulangkan dendam saya suatu hari nanti. hanya kamu tahu apa yang perlu dilaksanakan dan tidak perlu dilakukan. jauh di sudut hati, anda adalah yang terbaik.
Amin Firdaus: teruskan berjuang, tapi bukan sahaja dengan logik, sulamkan ia dengan semangat yang kental.
Hidayah Mustafa, Ikhwan, & Junny: Kita berempat adalah sahabat setia dalam persaingan ini sejak tiga tahun lalu, hanya kita yang masih berjuang. Ternyata, saya yang tewas. Namun, saya berbangga. Anda semua adalah yang terbaik. saya akui, saya cemburu akan anda semua. Anda memang hebat.
1 comment:
sophy: sedih plak baca post ni.but i know, one day nanti u akan tgk jg junior2 uol bersinar dkt stage ni.
3 taun sama2 dah kt jmp, teringin nak 1 lg extra year. tp xdpt plak. :)
Post a Comment