Seantero Malaysia sudah mengetahui. Pembunuhnya masih dalam anggaran, namun, 90% kemungkinan adalah suatu kepastian. Motif pembunuhan bukan lagi satu teka-teki. Banyak yang perlu dikaji. Pada saya, kejayaan pendakwaan hampir pasti. Namun, buat PDRM dan Peguam Negara, jangan mudah berpuas hati dengan penyelidikan yang telah diperolehi. Pastikan binatang itu ditangkap dan tidak terlepas. Jangan ulangi kesilapan lalu (tak mahu sebut kes-kes yang lalu) dimana tragedi yang hampir sama, namun, suspek dibebaskan bukan kerana tidak bersalah, tetapi kerana kesilapan teknikal dalam pendakwaan.
Namun, banyak perkara yang yang menyawangi benak minda ini.
1. dari manakah si suspek utama mendapat gelaran Datuk? Kenapa setakat ini belum ada negeri yang memberikan pengesahan. Kalau benar gelaran ini "palsu".. Pasti banyak lagi diluar sana yang juga mempunyai gelaran "datuk wanna-be" ini.. adakah ini pengaruh Datin Wannabe.?
2. Apalah nasib profesyen peguaman ini dimasa hadapan?
No comments:
Post a Comment