Monday, June 21, 2010

Tidak lain dan tidak bukan, post kali ini akan berkisar tentang Debat Piala Universiti UKM antara Sekolah-sekolah.

Seronok debat kali ini sebab dapat jumpa ramai rakan-rakan pendebat. :-) Ikhwan, Mizan, Nazwan, Qama, Mira, Shebby, Nas, Qama, Irham, Izzat, dan ramai lagi. Juga dapat berjumpa dengan Alumni debat. :-)

Menjadi lebih mengembirakan apabila disandarkan tanggungjawab untuk membantu adik-adik AYS. Hanya sehari masa yang ada digunakan sebaiknya memandangkan mereka sedang bercuti sekolah. Maka, sessi latihan terpaksa dilakukan hanya, 1 hari 2 malam.

Memandang 40 usul yang ada, maka sessi latihan perlulah all-out tanpa sebarang rehat. tahniah adik-adik kerana anda gigih berusaha, kerna Allah akan sentiasa bersama dengan insan yang bertawakal dan berusaha.

Mula-mula tue, risau jugak. aku ajar, dorang bukan paham pun. "case line", "tekad" semuanya term-term yang masih janggal. tapi, aku sangat suka dengan semangat dorang.

Addam Daniel, anda seorang gigih. Inilah kejayaan anda setelah 7 tahun di AYSK.

Naza: belajar lagi. jangan selesa. berusaha berganda-ganda! Jangan cepat berpuas hati.

Eric: Tahniah, kau memang Queen dalam episod kali nie. Performanace kurang, tapi semua orang nampak kau berdebat guna OTAK! tahniah...

Amir: Tingkatan 2, kau masih muda. Tapi, jangan terlalu yakin dan buang emosi ketika berdebat. HATI kena KERING!

Alhamdulillah. akhirnya, pasukan AYS berjaya ke separuh Akhir. semuanya, berkat sikap kamu semua yang tidak sombong, dan bersungguh -sungguh ketika berdebat.

Pusingan 1: AYS v SBPI Sabak Bernam B - Menang
Pusingan 2: AYS v SAS - Kalah
Pusingan 3: AYS v TTDI - Menang
Pusingan 4: AYS v Swing - Menang
Pusingan 5: AYS v SMAP Kajang - Kalah
Pusingan 6: AYS v MCKK - Menang
Suku Akhir: AYS v STAR A - Menang
SEparuh Akhir : AYS v SMAP LABU - Kalah

Tahniah. sangat berbangga, walaupun pada mulanya sangat risau. tapi, akhirnya, berkat sikap dan usaha, korang berjaya melakukan.

No comments: