Friday, January 8, 2010

uum: isu yang belum selesai

Semester ini merupakan semester keenam akulah di UUM ni. banyak suka duka telah ditempuhi oleh aku dan kawan-kawan. Bergelar sebagai pelajar undang-undang banyak cabaran dan likunya. kami tidak boleh bersuara. tatkala kami nyaringkan suara dan sampaikan pandangan kami secara terbuka, katanya kami tak layak kerana masih tak diiktiraf. hingga sekarang, masih ada ayam-ayam sebegitu yang masih berkokok. memanglah kami berada diatas pagar, telah diiktiraf namun dalam keadaan berkondisi, namun, adakah graduan undang-undang fakulti yang diiktiraf saja perlu diberikan lauan untuk memberikan pandangan. kalau macam ni lah harapan mereka di luar sana, patutlah mereka hanya layak dengan apa yang mereka ada. saya marah!

masih ingat isu bas UNIC sekitar tahun lepas, batch kesembilan memperjuangkan hak mereka, mereka dan kami dikeji. kini, timbul isu bas, air dan elektrik akhirnya ada bersuara mencari-cari kami.

mungkin ada yang tak selesa dengan penulisan saya kali ini, namun, luahan hati. sepatutnya kita ada suara yang kuat memperjuangkan hak kita. tapi, kita tak berani. ada yang bersuara, kita diam. kononnya tidak mahu menjadi ekstrimis. mana ada istilah ekstrimis selagi mana kita menegakkan hak kita tanpa meminggirkan hak orang lain. suara kita perluy bersama. kalau hanya segelintir yang bersuara, apalah guna.

saya mulakan dengan isu bas. ada poster yang tulis, pelajar tak perlu tambah nilai kredit bas. namun, sebenarnya, poster2 yang ditampal ini ada cela kurangnya. apa solusi andai kata pelajar tak perlu top up kredit. takkan percuma kan. kad matrik rosak pun kena bayar rm30 jugak kanz. kuat ura-ura yang kata akaun pelajar akan ditolak, rm60 kot. memang perkara ini futuristik sifatnya. namun, kawan2 kita perlu sedikit cepat dan tegas dalam hall ini. maka, jangan biar ada yang rugi. saya tak bawa kenderaan sendiri. tak mampu. hahaha! tapi tak adillah kalau mereka yang bawa motor atau kereta secara automatik kena tolak duit bas kan. sticker bukan murah kan. maka, berfikirlah solusi yang adil dan saksama.

isu air. jujur, poster air ok. saya dapat maklumat yang lengkap tentang isu air. bekalan tak sampai etc. cuma kepada kawan2, janganlah membazir. tapi agak melampau, di YAB, satu bilik 4 orang nie darab dengan 587 bilik, lelaki je... hanya tandas di tingkat 5 blok d je yang ada air. nasib baik depan bilik aku. cuma, sedikit teguran, sepatutnya dalah sessi taklimat sikit yang diberikan oleh admin tentang apa yang berlaku. apa guna kita hantar wakil. bukan salah MPP. semua kena berbincang. semua pelajar perlu tahu situasi sebenar.

HBR terbakar. tahniah. harga mahal. bas saya yakin dah lebih 20 tahun.

No comments: