Suatu ketika dahulu, sekiranya surat khabar ada 50 muka surat, sudah pasti sebahagiannya diperutukkan untuk cerita sensasi artis yang ‘rajin’ menimbulkan kontraversi. Cerita perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza dan cinta Erra Fazira-Hans Issac juga rasanya cukup memenuhi dada akhbar tempatan. Namun, tahun 2008, segala berubah sudah, cerita Nurul Huda Bogel? Fasha Sanda lagak diva? Siti Nurhaliza sudah alim? Semuanya sudah kurang menarik minat wartawan dan pembaca, mungkin kerana takut Azwan Ali menyaman lagi. Namun, tahun 2008 menyaksikan ceita politik lebih panas dan penuh kontraversi walaupun tiada ahli parlimen yang seksi. Cerita tentang Bung amuk di Parlimen, Karpal Singh si monyet besar, Mukhriz pandangan songsang, Tun M keluar gelanggang, mr correct x3 perlu didakwa, Anwar Ibrahim pergi memancing, Altantuya dibunuh ahli Palimen, Speaker DR menahan seksa, Nazri Aziz dan pejabatnya (sofa parlimen), Khalid Ibrahim manis bicara dan lain-lain lebih menyeronokkan dan penuh suspens. Ibarat menonton satu cerita misteri tentang pembunuhan yang diwakili oleh kumpulan A dan kumpulan B. Namun, mereka tak mati kerana ditembak pesaing, tetapi mati ditikam teman sendiri. Inilah, zaman kemuncak politik tanah air sebagai sambutan separuh abad kita memperoleh kemerdekaan setelah menyimpan senjata ketika zaman pimpinan Tun M.
Ketika pemimpin negara mengamalkan dasar demokrasi and clean nombor satu, semua mula bangun menunjukkan nafsu dan wajah sebenar yang dipendam lama. Dahulu, semua senyap, kini semua sudah banyak mengatur langkah. Bagi seluruh rakyat Malaysia, inilah masanya untuk kita berpeluang mengetahui dimana sebenarnya hak dan kedudukan kita. Untuk pengetahuan anda, saya belum lagi mendaftar sebagai pengundi apatah lagi calon, maka saya bersifat neutral, tidak akan berda di mana-mana sudut, cuba ingin menggunakan Peruntukan kebebasan bersuara Perlembagaaan persekutuan sebaik-baiknya. Hari ini semua sudah buka mata tentang isu politik. Selamat jalan Nisdawati mahupun Rita Rudaini dan lain-lain, kami sudah tiada masa untuk anda semua. Politik malaysia cerita penuh debaran.
Mula-mula sebelum PRU 12, pihak pembangkang mula membuka langkah dengan menyiarkan beberapa klip video yang sangat hebat dilakonkan oleh pelakon berkaliber, V. K lingam dan semestinya skrip yang begitu mantap dan ‘puitis’. Correct, correct, correct. Tepukan perlu diberikan kepada pelakon pembantu terbaik yang menghubungi pelakon utama ketika waktu yang tepat. Biarpun suara pelakon pembantu tidak jelas, namun dialog mereka penuh galakan. Malangnya, wajah pelakon pembantu tidak dipaparkan, huh!. Namun, tidak mengapa, penonton khas yang diwakili oleh Tan Sri Haidar dan rakan-rakan bijak meneka dan menilik siapa disana tanapa melihat wajah. Tahniah, moga-moga tekaan mengena. Namun, tidak perlu diragui, katanya sekalipun segalanya bukan menurut nujum pak belalang tetapi dibawah lembayung justufikasi. Wow!!! Oh, terlupa, jutaan tahniah juga kepada Lui Mui Fah dan anaknya sebagai jurukamera terbaik. Tanpa ‘boom’ dan mak andam, cerita nampak real biarpun look like him, sound like lim but maybe not him. Video ini dipalitkan dalam sejarah sebagai sebuah telefilem sedih terbaik negara berjudul ‘Aku Gila Kuasa’. Namun, perlu dingat, ia masih cerita, belum menjadi nyata kerana pendakwaan belum bermula. Janganlah suka menjadi hakim tak berdaftar. Walaubagaimanapun, video lucah Dr Chua Soi Lek dan Video Terbaik Aim 13 Ning Baizura –Awan Yang Terpilu juga rasanya tidak sehebat ini. Kerana, Video ini dilatarkan oleh 4 Tun, Tun M, Tun Eusoff Chin, Tun Dzaidin dan Tun Ahmad fairuz, namun bukan merebut Tun Teja. Suruhanjaya dan Inkuiri lebih menarik. Peguam tak puas hati dan saksi penuh kontraversi. Contohnya, bekas setiausaha V.K Lingam yang mendakwa beliau disuruh oleh V.K L untuk menaip ‘judgement’ untuk Mokhtar Sidin dalam kes RM7 juta Vincent Tan. Untuk anda mengujinya, saya cadangkan, bacalah penghakiman kes itu. Saya dah baca di Malaysia Law Journal, MLJ. ‘Introduction’ penghakiman tersebut penuh tanda tanya, berbunyi lebih kurang begini, ‘saya telah menyiapkan laporan kes ini hanya selepas seminggu penghakiman kes ini dibuat keran ketika itu ianya hanya dibuat menggunakan tulisan tangan.’ Mungkin benar kerana maklumlah, tanggungjawab seorang hakim sungguh sibuk dan padat. Allahhuallam!!!!! Keputusan suruhanjaya siap pada Mei 2008 dimana suruhanjaya mencadangkan agar 6 individu disiasat.
Bekas PM yang dahulunya kebal juga tidak terlepas. Namun, beliau seperi biasa, berani dan bersedia ke muka pengadilan. Ada juga yang menyatakan bahawa melobi jawatan tidak perlu ada masalah. Mukhriz di Parlimen ‘membantu’ kenyataan ayahanda beliau dengan menyatakan perlantikan Tun Zaki juga disebabkan lobi. Maklumlah, beliau pun bukan hakim Senior sama seperti Tun ahmad Fairuz suatu ketika dahulu. Entahlah, saya cadangkan, kita tunggu dan lihat pendakwaan Peguam Negar nanti. Yang paling saya tak sabar, saya ingin melihat siapakah hakim dan peguam kes tersebut. Tentu dan pasti ianya menarik.
No comments:
Post a Comment