Baik, di hari yang indah ini, Sophy Sklington (inspired from Sophy Skeleton) tidak akan berbicara tentang hati dan rasa seperti kebiasaannya. Tiba-tiba menyedari usia telah hampir mencecah suku dekad. dalam masa beberapa hari, akan berusia 24 tahun. So, aku nak cerita tentang POLITIK.
1. Suka diingatkan bahawa aku belum lagi mendaftar untuk mengundi, walaupun sudah melebihi tahap kelayakan. Bukan malas nak pergi mendaftar pun, tapi aku belum memamahami apa itu POLITIK. Suara mak aku yang acap kali suruh mendaftar sentiasa berbisik-bisik ditelinga ini, tapi kuabaikan sahaja. Cubaaann!!!
2. Bila berbicara tentang POLITIK, bunyinya kedengaran mudah; Pilihanraya, Yang Berhormat, Parti Politik, Kempen, Parlimen, Kabinet dan soal-soal kepimpinan. tapi pada aku, terma-terma ini bersifat terlalu asas dan permukaan. Kalau didalami sedikit dalam, aku dapati, POLITIK ini sekadar suatu kempen memburuk-burukkan parti yang bertentangan. Itu sahaja. KOSONG!
3. Entah. Aku tak tahu. Walaupun telah membahaskan beberapa isu POLITIK sepanjang berdebat beberapa tahun ni, aku masih tak cukup tergoda untuk berbicara tentang POLITIK. Sebagai seorang mahasiswa LLB juga, aku tetap tak terpanggil seru untuk berminat untuk bebrbicara tentang POLITIK. entah.
4. Kalau kawan-kawan bercakap tentang POLITIK, aku lebih suka mencerap berbanding berhujah, mencelah dan membidas. Awas!! Aku sangat membenci orang yang suka bercakap tentang POLITIK tetapi isi biciranya hanya bersifat kutukan dan sindiran kepada parti yang tidak disokong.
5. Pada aku, dalam hidup ni, kita seperti dalam sebuah pertandingan debat atau dalam mahkamah, kemenangan bukan diukur melalui betapa busuknya tembelang pihak lawan yang berjaya kita tunjukkan, tetapi betapa kuatnya hujah dan kes kita sehingga tidak ada keraguan yang akan menyangkalnya. Contohnya, adalah tipikal penyokong pembangkang memburuk-burukkan pihak Kerajaan yang katanya suka menaikkan harga barangan harian. Itu isunya, tak salah. Tapi kupasannya, sekadar memburuk-burukkan Rosmah dan Najib, menyerang individu-induvidu tertentu, berbanding, bercerita secara ilmiah, dengan membuat kajian terlebih dahulu tantang harga pasaran dunia dan harga pasaran domestik, atau perbandingan dengan negara lain yang berada dalam keadaan yang sama tetapi melaksanakan alternatif yang lebih baik. Pada aku, dalam berhujah, lebih baik kita membina kes berbanding terus menyerang. Sama jugalah kepada penyokong kerajaan. Isu banjir di Kedah 2010 sebagai contoh, tidak membantu tetapi membantut sahaja.
6. Apakah itu POLITIK? Aku pun masih tak tahu. Pada aku, seorang ahli POLITIK mempunyai kedudukan yang sangat tinggi (teori dan sepatutnya). Justeru, orang yang ingin bergelar ahli POLITIK, mestilah orang yang mahir ketika bercakap. Dan cara percakapannya sepatutnya lebih kepada berhujah, bukan membidas sahaja tanpa hujah. Pada aku Bung Kinabatangan, Tun Abdullah, Khairi Jamaluddin, Wan Azizah, dan beberapalagi bukanlah ahli POLITIK yang baik. Setengahnya lebis suka memburuk-burukkan orang lain dan membidas sahaja. Lebih malang, sebahagiannya, berhujah tak bagus, membidas apatah lagi.
7. Aku berpendapat, TSUNAMI POLITIK belum lagi wujud, tetapi ia perlu diwujudkan. Untuk menjadi seorang pemimpin atau ahli POLITIK, aku rasa sepatutnya ada sebuah garis panduan yang perlu dilakarkan supaya kita dapat menapis insan yang kurang prestasi tapi kaya kontroversi daripada mejadi kepala yang akan mendasari kelangsungan hidup kita.
8. Akhirnya, aku pun masih keliru dengan perjuangan POLITIK di Malaysia. Lebih malang, ada banyak katak-katak melompat sambil lalang-lalang ditiup angin. Entah. Kalaulah esok pilihanraya, aku tak tahu nak pangkah apa.
No comments:
Post a Comment