1. Setelah semalam pihak KASTAM diberi amaran terakhir untuk memastikan kelangsungan nilai integriti yang seharusnya tersulam mekar dalam kalangan pegawai-pegawainya dalam masa sebulan, akhirnya, dalam masa 24 jam terus memulakan langkah wal. Langkah pertama itu dimulakan dengan mewajibkan pegawai-pegawai menyimpan telefon bimbit dalam kotak yang disediakan sebelum mula bertugas (dah macam budak UUM nak amik exam) dan hanya membawa RM 30 atau kurang sebagai wang belanja (kalau bawak RM 30 pun nak guna buat apa? ada Victoria Station ke dalam Kastam tue. wee).
Walaubagaimanapun, sekalung tahniah buat jabatan kastam. Sekurang-kurangnya, mata telah dibuka, semoga tidak mengada-ngada ingin makan gaji buta, kerana gaji anda guna wang rakyat jelata, agar kita semua tidak terseksa, dek kerana rasuah durjana, kegemaran anda semua.
2. Haaaa!!! ni lagi satu berita hangat dipasaran. Sempena MAHA kat UPM ni, ada orkid baru yang dinamakan sebagai Helvetica Rosmah. Adooooiiiiiiiii!!!! aku terasa macam nak nyanyi lagu Gadis dan Bunga.
No comments:
Post a Comment