Hidup ini penuh dengan dugaan. Kebahagian datang dan pergi. Aku tidak sedang bergembira, tidak juga sedang menangis duka. Kerana aku sedang merasa sebuah kehilangan dan sebuah penganugerahan. Aku bersyukur pada yang Esa.
Benar, aku hilang "tongkat sakti" yang menjadi tulang belikat untukku berdiri dan terus berlari, tapi aku tak mudah jatuh kerana masih ada yang sanggup menjadi "tongkat kedua" agar aku sekurang-kurangnya masih mampu berdiri, walaupun tidak bisa berlari pantas seperti episod hidup yang dulu.
Buat sang "tongkat kedua", hadirmu banyak merawat luka terpendam walaupun kau bukanlah penawar akan luka yang menanahi hidup ini. Harapanku hulur buatmu tak pernah kupinta balasan. Semoga cuma kau hargai. Kau bukan "tongkat sakti" tapi janganlah aku kau sakiti kerana tanpa sokonganmu, aku akan lumpuh biarpun masih bernyawa.
No comments:
Post a Comment