*Menulis post ini dalam keadaan mengantuk kerana membuat persediaan untuk presentation Evidence kejap lagi pasal topik Res Gestae. presentation nanti dalam BI lah, tapi malas nak tulis in English. Haha. Takut orang tak faham. malas jugak nak cerita kes, lambat nak taip~ hee
Apakah itu Res Gestae? Res Gestae adalah sebuah prinsip undang-undang yang merupakan salah satu pengecualian untuk prinsip "General Principle Against Hearsay". Justeru, sebelum kita menelaah apakah itu prinsip Res Gestae, perlu untuk kita memahami apakah itu yang dimaksudkan dengan prinsip "General Principle Agaisnt Hearsay".
Hearsay adalah lebih mudah dikenali sebagai "kata-kata atas angin" dan selalunya terma ini digunakan dalam undang-undang keterangan (evidence law). Justeru, menerusi seksyen 6 Akta Keterangan 1950, hearsay adalah sumber keterangan yang tidak boleh diterima dalam mahkamah bagi menjaga kesucian dan pemberatan pembuktian parti-parti yang terlibat. Justeru, herasay biasanya melibatkan pengakuan yang tidak disandarkan kepada fakta yang kukuh.
Contohnya, Abu telah melihat pembunuhan terhadap Aminah oleh Aishah, lalu Abu memberitahu ibunya, Malkonah tentang kejadian tersebut. Apabila pendakwaan dikenakan terhadap Aishah, Malkonah memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan bahawa anaknya telah menyaksikan pembunuhan Aminah oleh Aishah. Dalam kes ini, keterangan yang dikemukakan oleh Malkonah tidak boleh diterima oleh mahkamah yang mulia, kerana Malkonah bukanlah saksi yang melihat terus kejadian tersebut sebaliknya percaya akan fakta itu dari mulut orang. Inilah, yang dikatakan hearsay.
Secara prinsip asanya, Hearsay ini tidak akan diterima sebagai keterangan yang dibenarkan.
Walau bagaimanapun, hearsay ini boleh diterima seandainya ia adalah res gestae. Res gesate bermaksud perkara yang telah berlaku. Seksyen 60 Akta Keterangan memperuntukkan, perkara yang telah berlaku adalah dibolehkan untuk diterima oleh mahkamah yang mulia sekiranya fakta tersebut boleh membantu pemahaman terhadap sesebuah isu.
Contohnya, dalam kes R v. Andrews [1987] 14 Cox CC 341, tertuduh telah didakwa membunuh dan merompak X. Sebelum X mati, tertuduh telah melarikan diri dan X sempat menelefon polis, lalu memberi gambaran kepada polis tentang pembunuhnya yang menyerupai ciri-ciri tertuduh. Dek kerana X telah mati, pengakuan tersebut hanyalah khabar angin kerana X gagal memberikan keterangan di mahkamah yang mulia. Tetapi, bersandarkan kepada prinsip Res Gestae, fakta tersebut boleh diterima.
No comments:
Post a Comment