Tuesday, June 15, 2010

Tersentap di Jabatan Pendaftaran Negara

Diatas kebenaran Puan Siti Zawiah, maka, saya bergegaslah dengan gigih ketika bekerja untuk membuat kad pengenalan baru memandangkan kad pengenalan lama dah jadi umpama sampah yang tak berharga.

maka, online lah daku terlebih dahulu untuk memastikan bayaran yang perlu dibayar. Kalau hilang, dendanya, kali pertama RM100, kali kedua RM200, dan seterusnya. Untuk rekod, aku telah mempunyai 3 kad pengenalan sebelum ini, 2 huilang, 1 rosak. nasib baik yang keempat ni pun sekadar rosak. Maka, hanya perluy bayar RM10

setelah siap segalqa, lalu, akak kaunter gambar tu bagitau, "dik, boleh ambil IC adik selepas sebulan dari tarikh ni".

maka, saya pun pelik. bukankah sistem perkhidmatan kita dah "upgrade". maka, kuberanikan diri untuk tanya, "kak, sebulan? saya kena balik kedah dalam 9hb. tak boleh ke dapat 6 hari lebih awal.

Akak kaunter: tak boleh dik... adik ada waris kat selangor? suruh dia ambil dan serah kat adik.

Dalam hati: pandai jugak kepala otak akak ni, kalau nak amik IC, IC sementara kena serah gak. kalau aku bagi bagi waris, takkan 6 hari kat UUM aku x pegang IC .

Aku: kak, masalah birokrasi macam ni tak boleh nak selesai ea? sampai bila lah... huh.... (geram)

akak kaunter: birokrasi takkan selesai selagi rakyat Malaysia tak reti jaga IC macam adik...

SENTAPPPPP!!!!

maka, aku pun, masukkan no. giliran aku ke kotak yang yg disediakan - tak memuaskan

Aku: Akak, akak memang patut jaga kaunter sampai bila2.

naka, teruslah aku keluar..

P/s: betullah apa yg akak tu cakap sebenarnya. :-)

3 comments:

cKNOrm said...

kelleessss kau cik amat! hahahha
moral of story, kenalah jaga mmolek ic tu na..

farhanaann said...

HEY. HEY.
changing my url.
now ---three8seven.blogspot.com :)

Unknown said...

haha sophy dgn akak kounter pun bleh kelahi. Tapi betul la apa akak tu ckp.