Sunday, February 7, 2010

"sayu terpisah, hikayat indah ......"

petikan lagu aizat af5. setelah bersajak lagu nie time dinner hari tu dengan bantuan kawan2 yang best, aku semakin faham dan selam lirik lagu ni. sungguh bermakna. seolah-olah, lagu ini ditulis istimewa buat aku. sekalung terima kasih buat Pimp (manager), Maria & FaiZ (vokal), Faridza (keyboard), shafiq (seruling), Tasya, Shina, Nie Jien (Violin).

semua orang akan merasa kehilangan. dulu aku pernah rasa kehilangan. namun, rasanya tidak sama seperti sekarang. kalau kita kehilangan barang, barang itu sudah tiada, kita menangis. kemudian, kita cari yang baru. tapi kalau kita kehilangan barang, kita tahu siapa pencurinya atau kita tahu kewujudunnya tapi tak daya memilikinya, ia lebih pedih.

itulah yang aku alami..

kali ini, ianya sangat pedih.

aku tahu, aku tak patut mudah mengaduh sakit. sekurang-kurangnya aku masih ada yang lain, yang menyayangi dan perlu disayangi. namun ianya tak sama. benar, aku tak boleh menangis sekadar kerana aku tiada kasut, ia akan menyakitkan hati buat mereka yang kudung kaki. apa yang aku rasa sebenarnya sebuah ujian. hadapinya dengan ikhlas.

jangan ada benci.

aku terus menanti!

2 comments:

zafi said...

life is a blessing! have faith lit bro. :) take care!

SOPHY said...

THANKS ABG ZARUL!!!!
TAKE CARE!