Wednesday, December 10, 2008

Bukit Antarabangsa : Satu Kesedaran??

15 tahun yang dulu....
momok hitam itu dijanjikan untuk dilupakan...
tapi hakikatnya, ia masih menghantui....sebuah episod tragis berganti-ganti
Bukit Antarabangsa, Ulu Yam, Damansara menjadi saksi....
namun, ada hakikat yang tersembunyi..

1. berkaitan kes 1993, MPAJ menarik lafaz lega, tahun 2006, mahkamah persekutuan, Yang Arif Hamid memutuskan MPAJ tidak bertanggungan atas kerugian yang dialami atas imuniti yang dibenarkan oleh Akta Bangunan, Parit dan jalan 1974. Akhirnya, perayu yang merupakan mangsa tanah runtuh itu menjadi mangsa kerana terpaksa membayar RM 1.5 juta sebagai kos ligitasi.
2. Patutkah Akta BPJ 1974 itu dipinda atau diubahsuai agar lebih berperikemanusiaan??? tepuk Pak Lah tanya jawapan.....
3. Terpaku aku menyaksikan rancangan 360 degree, kononnya, tumpuan dan bantuan hanya diberikan kepada penduduk di Bukit Antarabangsa sebaliknya mangsa di Ulu Yam yang hilang 2 anak mereka hanya diberikan janji manis umpama ladang tebu. Penguatkuasa, buka mata....
4. Buka akhbar, buletin utama, semua sama.... rintihan dan luahan penduduk di Bukit Antarabangsa yang mendakwa polis dann sukarela di kawasan bantuan tidak memberikan perhatian sepenuhnya. banyak kelemahan. my comment??? itulah perasaan orang yang tak pernah rasa susah tiba-tiba terima susah.... maklumlah, semua dato'2... fahamlah, tiada perkara yang sempurna. komen saya, kalau ada kelemahan, lepaskanlah di saluran yang betul. pusat Aduan polis kat ada, bukannya hebahkan sini sana....
5. mana agaknya MB selangor yg berjiwa rakyat tu agaknya erk??? pergi meeting PRK kuala Terengganu agaknya.... biasanya, ada masalah, mereka suka complain.. seolah2, merekalah penyelamat dunia dan pemimpin paling sempurna.. sekarang, mana muka?????
6. moga2, taubat penguatkuasa kali ini bukanlah sekadar bertahan 15 tahun sahaja seperti yang lalu... MASA UNTUK BERUBAH!!!

3 comments:

neng's said...

MB Selangor sebOk pilih kete lah.RM2juta untuk camry.baca tak??

SOPHY said...

alamak, tak baca lagi.. tapi yg uncle baca... dia tengah menanti mogok bogel!!!! hahhahah

Achan Sinclair said...

Kalau takutkan tanah runtuh, usah berumah di tebing bukit..

Inovasi dari pepatah

Kalau takut dilanda ombak, usah berumah di tepian pantai