Friday, May 2, 2008

Kita, merujuk kepada sekalian rakyat Malaysia
yang secara teorinya empunya kuasa demokrasi
ada suara namun kadangkala ada yang pekak
tuntutan satu kewajipan
namun entah bila akan tertunaikan!!!!!

BISMILLĀHIRRAHMĀNIRRAHĪM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Penyayang

Sebagai sebuah komponen dalam
masyarakat, kami dengan penuh insaf
ingin menyatakan tuntutan dan hasrat kami.

Kami yakin, dalam pembinaan sebuah
negara yang demokratik dan berjaya,
peranan dan potensi generasi muda tidak
harus diabaikan.

Kami juga sedar bahawa masa depan negara
terletak di bahu generasi muda hari ini.

Maka, kami menyatakan 13 tuntutan yang
harus dipertimbangkan oleh bakal- bakal
calon dan kerajaan yang akan datang,
bagi memastikan agenda mengangkat
martabat generasi muda dapat dilaksanakan:

1. Menukar Sains dan Matematik Kepada
Bahasa Melayu

Proses pengajaran dan pembelajaran
subjek berteraskan Sains dan Matematik
dikembalikan kepada bahasa kebangsaan,
iaitu bahasa Melayu agar tidak berlaku
kemerosotan pelajar luar bandar. Malah
agar minat dan kefahaman pelajar dapat
dipertingkatkan jika diajar dalam bahasa
Melayu

2. Membanteras Program Hiburan Melampau
dan Gejala Hedonisme

Generasi muda harus tidak diekploitasi
sebagai konsumer hiburan yang melampau.
Potensi mereka harus dibangunkan
mengikut modul modal insan yang
seimbang. Kerajaan harus mengawal
program hiburan.

3. Menolak Universiti Berteraskan Parti
politik

Kewujudan universiti berteraskan parti
politik tidak membina bangsa yang
berkongsi semangat kebangsaan, dari segi
bahasa dan ‘worldview’, akhirnya
memecahkan lagi pola ketidakseimbangan
perpaduan kaum



4. Menuntut Autonomi Universiti

Bukan sekadar autonomi pentadbiran,
tetapi autonomi ilmu dan idea.
Universiti harus mengekalkan prestij
keilmuan dengan tidak membenarkan ahli
politik memegang tampuk Canselor dan
Naib Canselor, akan tetapi kepada ahli
akademik yang ada kredibiliti.

5. Mewajibkan Subjek Falsafah di Semua
Universiti dan Pilihan Terbuka Subjek Minor

Ini bertujuan menyeimbangkan mahasiswa
dengan elemen berfikir dan kemanusiaan.
Malah, subjek minor secara terbuka dapat
mengembangkan potensi mahasiswa kelak.

6. Menyediakan Biasiswa dan Bantuan Kewangan

Menuntut pihak kerajaan menyediakan
biasiswa pengajian penuh kepada pelajar
bumiputera dan bantuan kewangan yang
mencukupi kepada pelajar bukan
bumiputera, seperti yang termaktub dalam
Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Alternatifnya ialah menghapuskan caj 3%
yang dikenakan PTPTN serta merta.

7. Menjadikan IPT Sebagai Zon Internet
Percuma

Menyediakan kemudahan capaian internet
wireless secara percuma dan menyeluruh
di seluruh institusi pengajian tinggi,
bagi memudahkan proses pembelajaran dan
penyelidikan

8. Meminda AUKU

AUKU harus dipinda dan memberi kebebasan
mahasiswa untuk berpersatuan dan
berpolitik. Legasi AUKU menyebabkan
telah lahir generasi yang berjiwa kecil
dan pasif.

9. Menolak Pelabelan ‘Pro Kerajaan’ dan
‘Pro Pembangkang’.

Pelabelan ini sebenarnya permainan
politik sempit politik kepartian, yang
ingin menguasai legitimasi parti di
universiti. Label yang tidak sihat ini
menyebabkan jurang di kalangan mahasiswa
melebar.

10. Menolak Sikap Prejudis Terhadap
Program Da’wah di Universiti

Sesetengah universiti menyekat program
da’wah seperti gerakan tabligh, usrah
dan membincangkan tokoh pemikir Islam.
Sikap universiti ini menghalang daripada
pembinaan mahasiswa yang kritis dan
berperibadi mulia.

11. Mengangkat Tema Islamisasi Sebagai
Teras Universiti.

Universiti harus menjadikan universiti
sebagai pusat Islamisasi ilmu, dengan
memperkenalkan subjek pengajian Islam
dengan lebih meluas, dan mendidik
mahasiswa supaya jurang
‘compartmentalization’ tidak melebar.

12. Mendaulatkan Bahasa Melayu di Tempatnya.

Bahasa Melayu harus diletakkan sebagai
'the utmost priority' bagi bakal
kerajaan. Sikap pemimpin yang meremehkan
bahasa Melayu merupakan sikap yang perlu
ditolak oleh semua rakyat Malaysia.

13. Melantik Wakil Senator di Kalangan
Pelajar

Wakil pelajar ini dapat menyuarakan
suara secara langsung dalam Parlimen,
secara tidak lansung mengiktiraf pelajar
dalam proses pembinaan negara.

No comments: