Sunday, January 2, 2011

SELAMAT TAHUN BARU

aku nak bekerja. 6 bulan lagi. Sabarrr.

Thursday, December 30, 2010

MALAYSIA - INDONESIA

1. Dalam keadaan sebahagian masyarakat Indonesia menggesa rakyat Indonesia meninggalkan bumi kejam ini, tapi, mereka tetap terus "meninap" disini, baik dengan izin mahupun tidak, kerana mereka tahu memilih syurga atau sebalinya.

2. Tahniah buat produksi Upin-Ipin kerana menggerakkan usaha permuafakatan menerusi lagu persaudaraan yantg dicipta. Sekurang-kurangnya, kita menunjukkan keikhlasan.

3. Tetapi, buat kerajaan Malaysia, isu laser di Stadium Bukit Jalil perlu dijelaskan.

Air dicincang takkan putus.

Wednesday, December 22, 2010

MENANGISLAH

MEMALUKAN

Biar semua rasa bagai diludah ke muka,
tatkala enggan berusaha,
inilah hasilnya.

Aku gembira melihat kalian menangis.
:-)

Sunday, December 12, 2010

PLEASE, NO WAR DARLING.

Ladies and Gentlemen,
Now, this is the very first time: I am expressing the madness of my feeling on a person who recently (since Oct. 2009) likes to get hold of my beloved one.
This is not the first time. It’s TWICE.
I don’t know dude, what the problem that we have, between us. What is it?

When I was being friend with my former friend, there you are, trying to mess-up everything. You gain advantage from it. And you know how I suffered from that. It’s took a very long period to let me say “past is past”.
Now, when I be friend with another one, why you still stand next to me?
Please, I am begging, don’t start the war. Please.

Saturday, December 11, 2010

GLEE

sebelum ini,
aku cuma terdengar dari kawan-kawan; Faridza, syukur & ors
tentang GLEE

oh. OK.

drama. ok je la.
malas nak layan.

sampailah satu hari,
aku perkosa laptop Ijai,
aku dengar lagu2 Glee.

damn.
Now, I am addicted too.

Monday, December 6, 2010

AZAM TAHUN BARU

Selamat tahun Baru.

Biasalah, walaupun azam lama masih tertunggak, kita bawa ke akaun kehadapan, dan hidup perlu diteruskan. So, azam baru janganlah sesekali dilupakan.

1. Mengakiri Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (dengan kepujian) dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.33.

2. Mengukuhkan kembali pasukan UCAP yang semakin sepi menanti hari untuk mati kerana semangat pejuangnya telah terkulai pergi. Tak apa2, cuba lagi. :-)

3. Memulakan langkah kealam kerjaya bermula dengan chamberring seawal yang mungkin. cepat mula, cepat habis.

4. Melupakan mimpi seram hampir setahun ini.

5. Nak ada lesen. HAHA. dah berapa kali aku postpone azam yang ini.

Sunday, December 5, 2010

POLITIK : K.O.S.O.N.G

Baik, di hari yang indah ini, Sophy Sklington (inspired from Sophy Skeleton) tidak akan berbicara tentang hati dan rasa seperti kebiasaannya. Tiba-tiba menyedari usia telah hampir mencecah suku dekad. dalam masa beberapa hari, akan berusia 24 tahun. So, aku nak cerita tentang POLITIK.

1. Suka diingatkan bahawa aku belum lagi mendaftar untuk mengundi, walaupun sudah melebihi tahap kelayakan. Bukan malas nak pergi mendaftar pun, tapi aku belum memamahami apa itu POLITIK. Suara mak aku yang acap kali suruh mendaftar sentiasa berbisik-bisik ditelinga ini, tapi kuabaikan sahaja. Cubaaann!!!

2. Bila berbicara tentang POLITIK, bunyinya kedengaran mudah; Pilihanraya, Yang Berhormat, Parti Politik, Kempen, Parlimen, Kabinet dan soal-soal kepimpinan. tapi pada aku, terma-terma ini bersifat terlalu asas dan permukaan. Kalau didalami sedikit dalam, aku dapati, POLITIK ini sekadar suatu kempen memburuk-burukkan parti yang bertentangan. Itu sahaja. KOSONG!

3. Entah. Aku tak tahu. Walaupun telah membahaskan beberapa isu POLITIK sepanjang berdebat beberapa tahun ni, aku masih tak cukup tergoda untuk berbicara tentang POLITIK. Sebagai seorang mahasiswa LLB juga, aku tetap tak terpanggil seru untuk berminat untuk bebrbicara tentang POLITIK. entah.

4. Kalau kawan-kawan bercakap tentang POLITIK, aku lebih suka mencerap berbanding berhujah, mencelah dan membidas. Awas!! Aku sangat membenci orang yang suka bercakap tentang POLITIK tetapi isi biciranya hanya bersifat kutukan dan sindiran kepada parti yang tidak disokong.

5. Pada aku, dalam hidup ni, kita seperti dalam sebuah pertandingan debat atau dalam mahkamah, kemenangan bukan diukur melalui betapa busuknya tembelang pihak lawan yang berjaya kita tunjukkan, tetapi betapa kuatnya hujah dan kes kita sehingga tidak ada keraguan yang akan menyangkalnya. Contohnya, adalah tipikal penyokong pembangkang memburuk-burukkan pihak Kerajaan yang katanya suka menaikkan harga barangan harian. Itu isunya, tak salah. Tapi kupasannya, sekadar memburuk-burukkan Rosmah dan Najib, menyerang individu-induvidu tertentu, berbanding, bercerita secara ilmiah, dengan membuat kajian terlebih dahulu tantang harga pasaran dunia dan harga pasaran domestik, atau perbandingan dengan negara lain yang berada dalam keadaan yang sama tetapi melaksanakan alternatif yang lebih baik. Pada aku, dalam berhujah, lebih baik kita membina kes berbanding terus menyerang. Sama jugalah kepada penyokong kerajaan. Isu banjir di Kedah 2010 sebagai contoh, tidak membantu tetapi membantut sahaja.

6. Apakah itu POLITIK? Aku pun masih tak tahu. Pada aku, seorang ahli POLITIK mempunyai kedudukan yang sangat tinggi (teori dan sepatutnya). Justeru, orang yang ingin bergelar ahli POLITIK, mestilah orang yang mahir ketika bercakap. Dan cara percakapannya sepatutnya lebih kepada berhujah, bukan membidas sahaja tanpa hujah. Pada aku Bung Kinabatangan, Tun Abdullah, Khairi Jamaluddin, Wan Azizah, dan beberapalagi bukanlah ahli POLITIK yang baik. Setengahnya lebis suka memburuk-burukkan orang lain dan membidas sahaja. Lebih malang, sebahagiannya, berhujah tak bagus, membidas apatah lagi.

7. Aku berpendapat, TSUNAMI POLITIK belum lagi wujud, tetapi ia perlu diwujudkan. Untuk menjadi seorang pemimpin atau ahli POLITIK, aku rasa sepatutnya ada sebuah garis panduan yang perlu dilakarkan supaya kita dapat menapis insan yang kurang prestasi tapi kaya kontroversi daripada mejadi kepala yang akan mendasari kelangsungan hidup kita.

8. Akhirnya, aku pun masih keliru dengan perjuangan POLITIK di Malaysia. Lebih malang, ada banyak katak-katak melompat sambil lalang-lalang ditiup angin. Entah. Kalaulah esok pilihanraya, aku tak tahu nak pangkah apa.